Wednesday 21 December 2011

Hadirnya Cinta


''Terima kasih Hasmah, Zaidi, sebab sudi datang kenduri yang tak seberapa ni.'' Ucap mak ngah dengan ceria. ''Sama-sama kak Ana, dah bermenantu akak ye.. Esok lusa si Zul tu pula.'' Balas ibu.

Nurin meninggalkan ibu, ayah dan mak ngah di ruang tamu lalu dia keluar rumah untuk mengambil angin. Dingin malam itu membuatkan Nurin berasa sangat segar dan tidak mengantuk. Sambil berjalan, Nurin berangan. Memang dah jadi sikap Nurin sejak kecil lagi dia memang seorang yang kuat berangan!

''Pssstt! Nurin. Nurin.. Ish pekak ke ape budak ni. Hey budak tembam!''  Sergah Zul dengan kuat. 

Dengan segera Nurin memberi tindak balas yang mengejut. ''Hoi mak engkau anak tan sri cucu sultan menantu bertuah! Heyy nyah engkau! Eh eh. Heeeii... Zul! ape ni.....''

''Hahaha. Tengah berangan engkau ye. Jalan jauh-jauh nanti kena kidnap baru kau tau. Aku jugak yang susah.’

''Takda sapa pon nk kidnap aku ni. Dah la gemok, tak cantik pulak tu. Lain la engkau, aku rase perempuan pon nak culik engkau. Al-maklum lah perempuan sekarang ni kan lagi banyak dari lelaki. Walaupun hidung kembang 14 inci. Hahaha.''  

Gurau Nurin. Giliran dia mentertawakan Zul. Geram sungguh hati nya.

''Ha? Ada apa kau cari aku? Dari kecil sampai besar, kalau takda hal takda nya kau nak cari aku?'' Perli nurin.

''Ni yang buat aku sayang kau ni. Kau memang faham isi hati aku ni. Hehehehehe.''

Gelak Zul dengan nada sedikit menjengkel kan hati Nurin.

''Kau study kat Universiti Islam Antarabangsa kan? Em mesti ramai awek cun kan? Boleh tak rekemen kan aku sorang kawan kau? Maklum la, aku ni dah umur 23 takda awek lagi. Aku percayakan kau Nurin. Kita rapat sejak kecil lagi. Aku percaya pada kau seorang saja untuk carikan aku seorang perempuan yang boleh menjadi suri hidup aku.''  Rayu Zul dengan nada serius..

Muhd Zulfi Zulkarnain, seandainya kau tahu kata-kata sayang kau tu memberi makna yang sangat dalam pada aku... Tapi kita bersaudara. Walaupun sekadar bau-bau bacang, tapi keluarga tetap akan menghalang perasaan aku terhadap kau.. Bisik hati kecil Nurin.

''Ya?''

Nurin tersedar dari lamunan setelah Zul mencuit bahunya.

''Oh, itu.. Em nak kena tanya kawan aku dulu. takut nanti tak pasal-pasal aku rekemen makwe orang ye tak? Insyaallah aku carikan okey!''

Nurin ketawa. Sedangkan tiada apa yang kelakar di mata Zul. Dia cuba menyembunyikan perasaan cemburu terhadap permintaan Zul. Berat hatinya kerana dia terlalu sayangkan lelaki dihadapannya itu.

Zul kemudian menggegam tangan Nurin lalu mengucap kan terima kasih.Zulfi Zulkarnain menaruh harapan yang amat tinggi.  Nurin terasa bagaikan dirinya terkena renjatan elektrik. ‘Adakah ini cinta?’ Rintih hati Nurin sayu.

‘Dah jom kita masuk dalam!’ Pinta Zul. Nanti apa kata orang tua kita. Nurin hanya menurut.

**

‘Hello Assalamualaikum. Siapa ni?’

‘Assalamualaikum Nurin. Ni aku la, Zul. Sampai hati lupa kat aku.’

‘Eh aku bukan lupa kat kau. Aku penat sangat balik kelas, aku terus jawab je call ni. Tak tengok siapa yang call. Sorry, hehehe. Ha, ada apa??’

‘Amboi garangnya. Ni aku ada kat KL, urusan kerja. Jom jumpa minggu depan? Kau free tak?’  Balas Zul.

‘Minggu depan? Boleh. Aku memang free minggu depan. Nak jumpa kat mana?

‘Kita jumpa di karnival autoshow kat Bukit Jalil nak? Aku nak usha kereta la. And aku dengar ade macam-macam booth. Boleh pergi makan sekali. Kau kan kuat makan.’  Zul ketawa dengan kuat di hujung talian.

Nurin berasa geram. Tapi dia tidak mahu menolak pelawaan Zul kerana dia sudah bercadang untuk mempertemukan suhaila dengan Zul bila ada waktu yang terluang. Janjinya pada Zul masih utuh dan tidak akan dimungkiri.

‘Ha, okey. Minggu depan kita jumpa kat sana. Aku bawak kawan aku Suhaila tau. Okey la, aku nak mandi. Assalamualaikum.’
 Nurin mematikan perbualan.

Hujung minggu itu pada hari Sabtu mereka bertemu di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Nurin membawa Suhaila dan Izzati. Dia merencana untuk mempertemukan Zul dan Suhaila berdua, kemudian dia akan pergi berjalan-jalan bersama Izzati. Ya. Itu rencananya. Untuk memberi mereka ruang mengenali antara satu sama lain. Siapa tahu pertemuan pertama mereka akan membawa ke jinjang pelamin. Suhaila bersetuju untuk berjumpa dengan Zul setelah Nurin menceritakan semuanya. Nur Suhaila adalah rakan karibnya.

‘Hai geng! Dah lama tunggu? Baru 1 jam kan? Ni aku kenal kan Suhaila dan Izzati. Zul, kau jalan dengan Suhaila. Aku nak beli barang dengan Izzati.’

Sambil menyiku dan mengeyit mata pada Zul, dia berharap Zul tahu itulah calon yang dicarikan olehnya.

‘Okey. Kau pergi beli barang dulu. Nanti aku call kau balik. Kita pergi makan sama-sama di restoran depan tu.’  Angguk Zul tanda mengerti.

Zul memulakan bicara.

‘Suhaila, saya rasa awak pun dah tahu kenapa Nurin temukan kita kan?’

Suhaila mengangguk tanpa sepatah bicara. Mereka berjalan menuju ke kerusi rehat yang telah disediakan di bawah-bawah pokok.

‘Awak sudi berkenalan dengan saya?’ Tanya Zul lagi.

‘Saya sudi. Maaf kalau saya buat awak rasa kekok Zulfi, sebab saya agak pemalu.’ Jelas Suhaila. Mereka berbual-bual mengenai diri masing-masing.

Tanpa disedari, ada sepasang ekor mata sedang memerhatikan mereka.

**
3 bulan kemudian…

‘Hello Nurin. Kau kat mana? Datang kat Restoran Seri Intan kat tempat kerja aku. Suhaila pun ada.  Kita pergi makan sekarang’.

‘Ya? Ha, Aku datang sekarang.’  Nurin mengajak Izzati bersama.

Di restoran makanan tersebut, jelas terpancar kemesraan antara Zulfi Zulkarnain dan Nur Suhaila. Mereka memang sepadan. Suhaila seorang yang manis dan lemah lembut. Manakala Zul seorang yang agak tampan dan mengambil berat.

‘So. How’s your date? Encik Zul dan Cik Suhaila?’  selepas memesan makanan. Nurin memulakan bicara.

‘Haihh.. Tak lama lagi makan nasi minyak la kita kan Nurin?’  Celah Izzati membuat Suhaila sedikit malu dari riak wajah mukanya.

Kini giliran Zul.

‘Amboi korang ni kalau bab menyakat, nombor 1 kan? Mari sini Encik Zul nak bagi ulasan. Selepas 3 bulan berkawan, kami dah merancang untuk meneruskan hubungan ni ke tahap yang lagi satu dan kemudian bertunang.’

‘Now kawan. Then kalau seterusnya couple right?? Woww!’
Soal Izzati sangat teruja dengan matanya yang terbuntang. Nurin terdiam.

‘Love at first sight and cinta tak bertepuk sebelah tangan. This is it!’  Sepatah ayat bahagia dari mulut Zul. Suhaila tersenyum lagi.

Zulfi, Suhaila dan Izzati makin rancak berborak setelah makanan yang dipesan habis dijamah. Nurin banyak mendiam kan diri. Dia hanya mengiyakan dan menidakkan perbualan itu. Hatinya gundah. Patut la dalam masa 3 bulan Zul jarang sekali menghantar mesej padanya.

‘Aku rasa tak selesa. Jom kita balik. Aku rasa aku period.’

Bisik Nurin pada Izzati. Dia berlalu tanpa berkata apa-apa pada Suhaila dan Zulfi.

‘Masalah perempuan.’

Kata Izzati pada mereka berdua lalu mengejar Nurin sehingga ke parkir kereta. Izzati seakan dapat meneka apa yang bersarang di hati Nurin. Mereka telah berkawan rapat selama 4 tahun. Dia memecut kereta menuju ke taman Titiwangsa.


‘Now tell me Nurin?’ Kenapa kau jadi macam ni? Luahkan perasaan kau pada aku Nurin. Aku kawan kau. Aku tak sanggup tengok kau macam ni.’  Luah Izzati dengan nada penuh berharap Nurin akan menceritakan segalanya.

Air mata Nurin mengalir. Dia menekup mukanya.

Izzati meneka. ‘You love him right Nurin?’

‘Izzati, aku tak boleh tahan perasaan ni lagi. Aku tak sanggup.’

Air mata Nurin semakin laju.

‘Aku tak tahu kenapa mesti Zul. Aku tak tahu.’

‘Sabar Nurin. Aku dah dapat teka semua ni. Dari kita semester 1 dulu kau suka bercerita pasal hubungan kau dengan dia. Betapa gembiranya kau kalau dapat panggilan dari dia. Kenapa kau tak berterus-terang yang kau jatuh hati pada dia sebelum kau kenal kan dia pada Suhaila?’

 Izzati terus bertanya.

Nurin teresak-esak. Hatinya sangat luluh ketika ini. Dengan hujan renyai di luar kereta seakan mengerti perasaannya.

‘Aku tak layak untuk dia. Aku tak cantik. Aku gemuk. Lagi pun aku dah lama kenal dia. Aku tahu taste dia yang macam mana. Macam Suhaila.’

‘Ni lah masalah orang kita. Mengalah sebelum mencuba.’

‘Kalau pun aku cuba, dan Zul ada perasaan yang sama, hubungan kami takkan pergi jauh. Tidak sama sekali. Keluarga kami takkan merestui kerana kami mempunyai pertalian darah. Aku ingat lagi masa kak Linda nak minta restu pada ibu untuk berkahwin dgn abang Johan. Hubungan kak Linda dengan abang Johan macam aku dengan Zul, hanya bau-bau bacang. Tapi ibu masih keras membantah sehingga sekarang.’

Terang Nurin mengharapkan pengertian Izzati.

‘Hmmmm…’ Izzati menghela nafas panjang.

Nurin menyambung lagi.

‘Aku kenalkan Zul pada Suhaila untuk melegakan hati. Aku ingat kalau aku kenalkan mereka, aku boleh mengingatkan hati aku supaya lupakan Zul kerana dia sudah ada teman. Tapi hakikatnya sakit Izzati. Aku sakit lihat semua ni.’

‘Kuatkan semangat kau Nurin. Kau boleh. Peperiksaan akhir untuk semester akhir tak lama lagi. Kau mesti fokus. Lepas ni kau pergi la mana-mana cari ketenangan.’

Sambil memeluk Nurin, Izzati cuba menguatkan semangat Nurin. Dia sedih melihat keadaan Nurin.

Selepas pertemuan mereka yang terkahir di restoran Seri Intan sebulan yang lalu, Cuma inilah hasil yang Zulfi terima apabila menghubungi Nurin.

‘The number you have dial is not in service.’

Zulfi mendail nombor Izzati.

‘Assalamualaikum Izzati. Kau dapat kan kad jemputan majlis aku dengan Suhaila? Aku harap kau dapat cari Nurin. Aku dah Tanya pada keluarga Nurin, tapi diorang hanya mampu bagi tahu Nurin pergi mendapat tugas kerja di kawasan nelayan.’

Jelas Zulfi dengan nada kelam-kabut. Dia resah.

‘Aku juga hanya mampu bagi jawapan yang sama pada kau Zulfi. Maaf, aku ada kerja. Bulan hadapan Insyaallah aku pasti datang majlis kau.’

 Izzati mematikan talian. Dia sendiri tidak tahu kemana Nurin membawa diri.

**

Nurin berdiri menghadap ke pantai yang luas terbentang. Dia bersyukur kerana mendapat pekerjaan di tempat yang mendamaikan seperti itu sebagai ketua staf sebuah hotel di persisiran pantai tersebut. Nombor ibu dicari lalu dia menekan butang call.

‘Assalamualaikum ibu. Apa khabar?’

‘Waalaikumussalam Angah, lama lagi angah nak balik? Bila tugasan angah nak siap? Ibu ada berita gembira. Zulfi anak mak ngah kamu nak kahwin bulan hadapan dengan Suhaila. Kawan kamu kan ngah?’

soal ibu bertalu-talu.

Serta merta Nurin terduduk. Ada seseorng yang memerhati.

‘Hello? Hello? Angah, kamu dengar tak ibu cakap ni? Angah?’

Tanpa dia sedari, air matanya mengalir lagi setelah sekian lama dia membawa diri.

‘Ibu, line tak elok di sini. Nanti angah call balik. Assalamuaikum.’

Nurin menangis sendirian sepuasnya di bawah sebatang pokok tempat dia berdiri tadi. Tempat itu agak sunyi memandangkan lokasinya agak jauh dari kawasan pengunjung. Nurin bercakap sendiri.

‘Aku ingat aku mampu lupakan kau Zulfi. Tapi aku tak mampu. Sejauh mana pun aku lari dari kau, perasaan cinta aku tetap pada kau. Macam mana lagi aku boleh buat untuk aku lupakan kau. Sekarang kau akan berkahwin dengan kawan baik aku sendiri. Aku tak mampu untuk berhadapan dengan semua ni.’

‘Awak, istighfar. Allah dah tentukan jodoh kita sejak kita berusia 3 bulan di dalam kandungan ibu kita.’ Pujuk seorang insan yang memerhatinya dari tadi.

‘Saya dah lama perhatikan awak sejak awak mula datang ke kampong ni. Awak bukan orang sini kan? Saya Haiqal.’

‘Awak dengar apa yang saya cakap sorang-sorang tadi?’  Nurin sedikit malu dengan perlakuannya.

‘Saya dengar semua.’

‘Awak dengar semuanya?’

‘Ya.’ Balas Haiqal ringkas.

‘Jum kita ke sana. Tak manis orang tengok kita berdua saja kat sini.’ Pelawa Haiqal.

Sambil berjalan di pesisiran pantai, Mereka berbual. Haiqal seorang anak nelayan di sini. Dia seorang peramah dan kelakar. Dalam masa yang sama, Nurin telah meluahkan segalanya pada Haiqal. Dia tidak ada sesiapa di kampung itu.

‘Jadi awak nak pergi ke majlis perkahwinan Zul bulan hadapan?’ Soal Haiqal.

‘Ya. Saya ingin ke sana melihat Zulfi dan Suhaila buat kali terakhir. Tetapi saya tidak akan menonjol kan diri. Saya Cuma akan lihat dari jauh. Kemudian saya akan pergi.  Saya nak lupakan Zulfi dan kenangan kami.’

Nurin tersenyum. Walau di dalam hati nya terlalu perit dirasa.

‘Haiqal, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.’

‘Waalaikumussalam. Hati-hati ya Nurin.’

Tiba di rumah Nurin mendail semula nombor ibunya. ‘Assalamualaikum ibu, maaf tadi angah terpaksa matikan talian.’

‘Waalaikumussalam. Ya, ibu faham. Nurin jadi datang majlis Zulfi bulan hadapan?’

‘Bulan hadapan angah ada kerja penting. Ibu sampaikan salam angah pada Zulfi dan Suhaila ya ibu.’

‘Tak boleh angah tangguh kerja tu?’

‘Maaf ibu, tak boleh. Kerja ni sangat penting.’

‘Tak mengapalah kalau macam tu. Mesti keluarga mak ngah tertanya-tanyakan angah nanti. Tertutama Zulfi.’

‘Kirim salam pada semua ya ibu. Ucapkan tahniah pada keluarga mak ngah. Assalamaulaikum ibu.’

‘Insyaallah ibu sampaikan. Waalaikumussalam.’

Nurin telah merencana segalanya. Dia akan pergi ke majlis Zulfi. Dia tidak akan memberitahu sesiapa. Dia cuma akan berjumpa dengan Izzati. 

**

Selepas 3 minggu mereka berkawan, Nurin semakin senang dengan Haiqal di sisi. Tetapi hanya sebagai kawan. Hati Nurin masih tertutup untuk mana-mana lelaki selepas Zulfi Zulkarnain.

‘Assalamualaikum. Awak dah siap? Saya pergi ambil awak sekarang ya. Awak tunggu.’  Haiqal terus mematikan talian.

‘Lambatnya Encik Haiqal ni sampai? Pergi kedai make-up dulu ya? Lepas itu pergi salun dandan rambut?’  Bebel Nurin.

Haiqal ketawa dengan leteran Nurin. Hatinya senang setiap kali Nurin membebel dengannya. Nurin tidak seperti dulu yang hanya mendiamkan diri. Dia tahu kehadirannya hanyalah sebagai kawan yang membantu mengembalikan semangat Nurin. Tetapi dalam masa yang sama ada satu perasaan yang sedang berputik.

‘Maaf puteri intan payung gunung berapi meletup. Beta sesat tadi. Nak cari rumah Nurin Batrisya, termasuk jalan rumah nenek kebayan pula.’

Giliran Haiqal mengenakan Nurin.

**

Izzati telah deberitahu. Nurin dan Haiqal tiba pada pukul 1.20. Tetamu masih lagi ramai. Pasangan pengantin nampak begitu berseri. Mereka sedang bersalaman dengan para tetamu selepas makan. Zulfi dan Suhaila mengenakan busana pengantin berwarna kelabu. Nurin memerhati dari jauh di sudut yang agak tersorok. Hari bahagia itu tidak akan diganggu dengan kehadirannya.

‘Su, tunggu sini sekejap ya. Layan tetamu kita.’

‘Abang nak ke mana?’

‘Abang nak ke tandas sekejap.’

‘Baik bang.’

Nurin tersedar Zulfi ternampak kelibatnya. Die berlalu dengan cepat. Tangan Haiqal ditarik.

‘Nurin! Aku tahu kau akan datang juga.’ Laung Zulfi.

Nurin dan Haiqal melajukan hayunan langkahnya. Zulfi tetap mengejar.

‘Nurin! Kau kemana selama ni?’ Zulfi menarik tangan Nurin.

‘Aku ada tugasan. Aku kena pergi sekarang.’

‘Apa yang dah buat kau jadi macam ni? Aku sayangkan kau. Kita dah macam adik-beradik.’

‘Kalau kau sayang aku, kau jangan bagi tahu sesiapa kehadiran aku hari ini. Termasuk Suhaila. Assalamualaikum.’

Nurin terus melangkah. Haiqal hanya menurut tanpa sepatah kata. Mereka berlalu pergi. Sekali lagi Nurin tersentap dengan ucapan sayang dari Zulfi. Dia telah menyalah anggap perasaan sayang yang selalu diucap oleh Zulfi suatu ketika dahulu.

**
3 bulan selepas pernikahan Zulfi dan Suhaila, mereka berpindah ke Sabah kerana urusan kerja Zulfi. Nurin telah dapat melupakan Zulfi dan dia dapat menerima kenyataan. Nurin selalu berdoa dibukakan pintu hatinya untuk orang lain.

‘Assalamualaikum ibu. Angah dah sampai ni.’

‘Waalaikummusalam angah. Mari jemput semua masuk.’ Ibu tersenyum.

Suhaila telah membuat keputusan untuk menerima lamaran Haiqal Hakimi untuk menjadikannya isteri 3 bulan selepas pernikahan Zulfi dan Suhaila. Mereka bertolak dari Terengganu bersama keluarga Haiqal.

‘Assalamualaikum pakcik, makcik. Apa khabar?’ Sapa haiqal ramah.

‘Waalaikumussalam. Kami sehat Alhamdulillah. Ini la bakal menantu pakcik dan makcik yang selalu Nurin cerita tu ya?’

Pak Zaidi membalas mesra.

‘Ya pak cik. Saya yang berhajat melamar Nurin menjadi isteri saya. Sudah lama kami berkenalan. Sejak Nurin masuk kerja di kawasan tempat tinggal saya. Keluarga saya juga seudah kenal sangat dengan Nurin.’

‘Segak orangnya. Patut la anak pak cik terpikat.’  Sambil mengarah Nurin kedapur menyediakan makan tengah hari.

‘Biasa saja pak cik. Alhamdulillah.’

Selepas makan tengah hari, keluarga Nurin dan Haiqal berbual lagi dan berbincang tentang tarikh yang akan ditetapkan sehingga petang. Kemudian Haiqal meminta diri untuk pulang. Nurin tinggal di rumahnya kerana bercuti 2 hari.

‘Awak, pandu hati-hati ya. Dah sampai call saya tau.’

‘Ya, cik Nurin Batrisya. Dah sampai saya call.’

‘Okey awak. Jangan lupa.’

‘Ya Nurin. Pak cik, mak cik, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.’

‘Waalaikumussalam.’ Nurin, Pak Zaidi dan Mak Mah menjawab serentak.

Tarikh nikah telah ditetapkan. Mereka berkeputusan untuk melangsungkan terus pernikahan 6 bulan lagi tanpa majlis pertunangan. Lagi cepat lagi bagus katanya.

**

‘Aku nikahkan dikau dengan Nurin Batrisya binti Zaidi dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.’

‘Aku terima nikahnya Nurin Batrisya binti Zaidi dengan mas kahwinnya lapan puluh rinngit tunai.’

‘Sah.’

‘Sah.’

‘Sah.’

Amin. Nurin selamat diijab Kabul berwalikan Pak Zaidi. Air mata Nurin mengalir. Majlis akad nikah hari itu sangat meriah walaupun sederhana. Mereka memilih untuk tidak bersanding, sebaliknya hanya majlis doa selamat dan makan beradab. Sungguh sederhana. Nurin hanya mengenakan busana nikah berwarna Kuning cair, dan bertudung litup. Terserlah keayuannya.

‘Abang, terima kasih kerana sudi terima Nurin dalam hidup abang.’

‘Sama-sama sayang.’

Mereka berbual semasa menolong keluarga yang lain mengemas perkakas kenduri doa selamat. Kenduri diadakan di rumah Nurin. Minggu hadapan kenduri di rumah Haiqal.

‘Selepas apa yang sayang lalui, abang tak mahu sayang fikirkan masa lalu.’

‘Nurin tidak sama sekali akan memikirnya lagi abang.’

‘Alhamdulillah. Kenapa abang Zul dan Kak Su tak datang?’ Tanya Haiqal.

‘Ibu dan mak ngah kata, dia tak dapat cuti. Dia ucapkan tahniah dan kirim salam.’

Waalaikumussalam. Sayang, kerja dah siap. Jum kita masuk. Lagi pun dah pukul 10 ni.’  Haiqal merenung jam di tangannya.

Mereka terus berlalu masuk kebilik. Bersiap untuk masuk tidur.

‘Abang, Nurin penat. Abang tolong urutkan belakang Nurin.’

‘Ya sayang. Lepas tu sayang urut abang ya.’

‘Okey abang. 1 jam RM500 ya?’

‘RM500? Abang pergi kedai urut saja kalau macam tu.’ Gurau Haiqal sambil mengurut bahu isterinya.

‘Okey Nurin turunkan harga. RM498 boleh?’

‘Turun 2 ringgit? Ciputnya. Memang kedekut la nenek kebayan ni.’

Haiqal mencuit hidung isterinya. Mereka bahagia.

‘Sayang, I love You.’ Bisik Haiqal di telinga Nurin.

‘I love You too abang. So much.’ Balas Nurin.

Mereka bertentang mata. Lampu dipadam. Haiqal bersedia untuk memimpin Nurin untuk melayari bahtera.

**
‘Tahniah puan. Awak hamil 2 minggu.’

‘Saya hamil 2 minggu? Alahamdulillah .’ Air mata Nurin mengalir.

Selepas 2 bulan bulan bernikah, Nurin hamil. Perkahwinannya kini akan bertambah bahagia dengan zuriat yang bakal dilahirkan.

‘Sayang? Sayang taka pa-apa?’ Tanya Haiqal yang sedang berdiri di ruang menunggu.

‘Nurin okey abang. Cuma, Nurin ada 1 berita. Abang sabar ya?’ Duga Nurin.

‘Apa dia sayang? Sayang sakit apa? Kenapa tak bagi tahu abang dari awal?

‘Nurin..’

‘Apa sayang? Jangan buat abang begini.’ Haiqal cemas.

‘Abang… Nurin hamil 2 minggu.’

‘Hamil? Ya Allah! Syukur Alhamdulillah. I love you sayang.’

‘I love you too abang. Thank you so much. Nurin nak call ibu dengan ayah.’

Mereka berdua berlalu keluar dari klinik dan menuju ke kereta. Wajah gembira terpancar pada wajah Haiqal dan Nurin. Mereka bakal menjadi ibu dan ayah.

‘Abang, minggu hadapan kita balik kampung? Ibu dan ayah dah rindu katanya.

‘Ya sayang. Nanti abang apply cuti. Kita balik kampung.’

‘Okey. Abang..’

‘Ya sayang?’

‘Jom kita pergi makan. Baby cakap dia lapar.’ Nurin tersenyum nakal.

‘Baby yang lapar, atau mama dia yang lapar ni?’

Mereka ketawa sama-sama. Haiqal membelok ke kiri. Mereka makan malam di restoran makanan laut.

**
Nurin sudah bersiap. Dia sedang duduk di ruang tamu menunggu Haiqal pulang. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Nurin menghubungi Haiqal.

‘Assalamualaikum. Abang kat mana?’

‘Abang dalam perjalanan sayang. Hujan lebat ni.’

‘Nurin risau abang balik lewat. Nanti nak drive ke kampong lagi.’

‘It’s okey. Maaf lambat ya. Abang siapkan kerja dulu tadi.’

‘Kita balik esok saja ya bang?’

‘Sayang, abang dah apply cuti. Sayang jangan risau. Kita balik malam ni.’

‘Baik bang. Pandu hati-hati ya. Nurin tunggu abang. Assalamualaikum.’

‘Waalaikumussalam sayang.’

Haiqal tiba tepat jam 10.40 malam. Mereka makan malam bersama sebelum bertolak.

‘Nurin, ibu pasti dah tunggu kita lama kan?’

‘Ya bang. Tadi sementara tunggu abang sampai, lima kali ibu call Tanya kita dah sampai mana.’

‘Sampai macam tu sekali? ibu pasti tak sabar.’

‘Ibu gembira sangat kita nak balik. Abang, kalau abang letih, kita berhenti di kawasan rehat ya?’

‘Ya sayang, nanti abang berhenti. Abang segar lagi ni. Sayang tidur dulu ya.’

20 kilometer lagi mereka akan sampai ke rumah ibu. Nurin tidur nyenyak di sebelah. Haiqal memberhentikan kereta untuk membuat senaman ringan sebelum meneruskan semula perjalanan. Kerusi Nurin diturunkan bagi menambah keselesaan.

‘Sayang, I love you so much.’ Bisik Haiqal ke telinga Nurin.

‘Abang, kita kat mana dah ni?’ rengek Nuring manja.

‘Lagi 20 kilometer sayang. Abang berhenti rehat sebentar.’

‘Nurin teman abang ya. Nurin dah segar lepas tertidur tadi.’

‘Baik sayang.’

Mereka meneruskan perjalanan. Sebaik Haiqal membelok ke kanan untuk masuk ke simpang keluar..

‘Abang!!’

Nurin dan Haiqal terlibat dalam kemalangan. Mereka dikejarkan ke hospital berhampiran. Nurin sedar selepas 2 hari tidak sedarkan diri.

‘Abang Haiqal.. Abang, Nurin nak abang. Abang..’

‘Angah, ni ibu. Angah sabar ya.’

‘Ibu, Abang Haiqal mana? Nurin kat mana ni?’

‘Kita di hospital sayang. Angah terlibat dalam kemalangan 2 hari lepas.’

‘Kemalangan? Abang Haiqal mana ibu?’

 Air mata Nurin mula mengalir.

‘Abang Haiqal…’

Belum sempat Mak Mah menghabiskan bicaranya, Nurin meraung. Dia mencabut segala wayar yang ada di tubuhnya dan ingin pergi mencari Haiqal. Ubat penenang terpaksa disuntik oleh doctor.

‘Mak cik, saya harap mak cik bersabar.’ Kata doctor Aishah.

‘Bila anak saya boleh sembuh doctor?’

‘Mungkin memakan masa yang agak lama kerana dia berada dalam keadaan yang sangat tertekan.’

‘Baik. Terima kasih doctor.’

‘Sama-sama. Saya minta diri dulu.’
 
Mak Hasmah kembali ke bilik Nurin. Dia merenung simpati anaknya. Impiannya untuk menjadi seorang nenek hancur. Nurin keguguran.

‘Angah, tabah ya sayang. Haiqal masih hidup. Tetapi dia dalam keadaan kritikal.’

‘Di mana abang Haiqal ibu?’ nurin sudah dapat menenangkan dirinya.

‘Haiqal di unit rawatan rapi hospital ini.’

‘Bawa saya ke bilik dia.’ Rintih Nurin perlahan.

‘Esok kita pergi ya Nurin. Dah lewat malam ni. Nurin tidur dulu.’

Mak Mah mencium dahi Nurin. Lampu dipadam. Dia pulang bersama suaminya. Keesokan paginya dia dan pak Zaidi datang semula.

‘Angah, bangun sayang. Kita pergi melawat Haiqal.’

‘Ya ibu, ayah.’ Nurin bangun perlahan.

Mereka menuju ke bilik Haiqal. Apabila tiba di sana, Mak Mah dan Pak Zaidi membiarkan Nurin berdua di dalam bilik suaminya.

‘Abang Haiqal..’

Sepatah bicara dari Nurin. Doktor mengesahkan Haiqal tidak akan sedarkan diri dalam beberapa hari.

‘Abang Haiqal.. Kenapa mesti jadi begini. Abang jangan tinggalkan Nurin. Abang, ibu bagi tahu baby kita dah tiada. Nurin keguguran. Maafkan Nurin abang. Nurin tak dapat jaga baby kita dengan baik.’

Nurin merintih lagi. Air mata terus mengalir deras. Tangan suaminya digenggam erat.

‘Sabar angah, ni semua ujian dari Allah. Dia maha berkuasa.’ Pujuk Pak Zaidi.

‘Ibu, ayah. Angah tak kuat. Angah tak sanggup lihat keadaan abang Haiqal macam ni.’

‘Allah dah mengatur segalanya sayang. Mari kta balik ke bilik angah.’ Sambung Mak Mah.

‘Tidak ibu. Angah mahu duduk di sini dan menjaga abang Haiqal.’

‘Tapi angah masih belum sihat sepenuhnya.’

‘Tidak mengapa. Angah minta izin untuk jaga suami angah. Lagi pun angah semakin pulih.’

‘Baiklah. Kalau macam tu, ibu dan ayah pulang dulu ya.’

‘Baik ibu, ayah. Assaamualaikum.’ Nurin menyalami tangan ibu dan ayahnya.

Nurin menjaga Haiqal seperti menatang minyak yang penuh. Dia terlalu sayangkan suaminya. Setiap hari dia akan membaca al-Quran di sisi Haiqal dan bertanyakan tahap kesihatan Haiqal pada doktor Aishah.

‘Abang, bangun cepat ya. Nurin tunggu abang.’ Bisik Nurin pada Haiqal.

Sepuluh minit kemudian jemari Haiqal bergerak.

‘Abang? Abang? Abang dah sedar?’

Nurin terus keluar mendapatkan doktor Aishah.

‘Puan Nurin, Haiqal telah memberikan tindakbalas positif. Tahniah.’ Kata doktor Aishah.

‘Syukur Alhamdulillah. Boleh saya masuk?’

‘Silakan puan.’

‘Terima kasih doktor.’

Nurin duduk di sisi Haiqal. Air mata kesyukuran membasahi pipi.

‘Abang, Nurin rindukan abang.’

‘Abang pun sama sayang.’ Jawab Haiqal perlahan.

‘Abang jangan tinggalkan Nurin ya.’

‘Ya sayang. Baby kita macam mana?’

‘Baby kita.. Nurin minta maaf abang. Baby kita..’ Nurin mula teresak-esak.

‘Sabar ya sayang. Abang tak salahkan Nurin.’ Kini air mata Haiqal mula menitis perlahan.

‘Nurin minta maaf, tak dapat menjaga baby kita.’

‘Tidak mengapa sayang. Ini semua bukan salah Nurin. Allah menentukan segalanya.’

Nurin memeluk erat tubuh Haiqal. Dia terlalu rindukan suaminya setelah 10 hari Haiqal tidak sedarkan diri. Ibu dan ayah sudah diberitahu.

‘Abang, doctor Aishah kata minggu hadapan abang boleh keluar dari hospital.’

‘Ya sayang?’

‘Iya.. kita singgah rumah ibu dulu ya. Nurin jadi jururawat abang.’ Nurin sempat bergurau.

‘Sayang sentiasa jururawat di hati abang tau.’ Haiqal tersenyum.

‘Tapi selama seminggu dari sekarang, abang perlu menjalani rawatan intensif ya.’

‘Baik bos.’ Haiqal menyakat Nurin.

Selama seminggu Haiqal menjalani rawatan di bawah pemerhatian doctor Aishah. Nurin sentiasa di sisi. Dan hari ini hari yang di nanti. Nurin memimpin suaminya. Mak Mah dan Pak aidi menanti di dalam kereta.

‘Alhamdulillah. Hari ini abang dah boleh keluar.’ Nurin memanjat kesyukuran.

‘Ya sayang. Abang rasa bahagia sangat kerana abang diberi peluang untuk sembuh.’

‘Nurin juga berasa sangat bertuah kerana masih diberi peluang bersama abang.’

‘Mesti lah. Nasib baik sayang tak tinggalkan abang kan?’ haiqal mula menyakat.

‘Buat apa Nurin nak tinggalkan abang?’

‘Maklum lah, selepas kemalangan muka abang dah tak kacak macam dulu.’

‘Nanti kita buat pembedahan plastic ya?’ Nurin mencadangkan idea nakalnya.

‘Tak mahu lah. Nanti jadi macam Michael Jackson.’

Mereka ketawa bersama. Jelas terpancar riak kebahagiaan di wajah pasangan itu. Haiqal dan Nurin beriringan sehingga ke tempat parkir kereta. Mereka singgah ke rumah Mak Mah dan Pak Zaidi. Kemudian pak Zaidi menghantar mereka pulang.

‘Ayah, terima kasih hantar kami pulang ya. Jauh perjalanan.’

‘Sama-sama. Ayah pulang dulu. Ibu kamu tinggal seorang. Assalamualaikum.’

‘Waalaikumussalam.’ Pasangan itu menjawab serentak.

‘Abang, abang rehat dulu selama beberapa hari. Kemudian baru masuk kerja ya?’

‘Ya sayang. Abang dah mintak tolong rakan abang uruskan cuti selama 3 hari lagi.’

‘3 hari saja bang?’

‘Ya sayang. Banyak kerja yang abang perlu siapkan.’

‘Hmm.. baik lah. Nurin ke dapur buat air dulu ya.’

‘Hati-hati sayang.’ Haiqal sempat mencuit pipi isterinya.

5 minit kemudian. Seseorang menghubungi Nurin. Dia masih di dapur.

‘Assalamualaikum. Siapa ni?’ Tanya Nurin.

‘Waalaikumussalam. Maaf lama tak hubungi kau. Ni aku la, Zulfi.’

‘Zulfi?!’ nurin terjerit kecil.

‘Ya, aku la. Bila kau free? Aku nak jumpa kau. Kebetulan aku ditugaskan pula di tempat berhampiran rumah kau. ’

‘Esok petang aku free. Kita jumpa di pejabat aku saja lah.’

‘Baik. Nanti kau mesej aku alamat pejabat kau.’

‘Okey. Assalamualaikum.’ Nurin mematikan talian.

Keesokan petang Zulfi menemui Nurin di pejabatnya. Haiqal sudah diberitahu oleh Nurin.

‘Assalamualaikum puan Nurin.’

‘Waalaikumussalam.’ Nurin terpana.

‘Wah, semakin ayu kau sekarang.’

‘Zul!! Lamanya aku tak jumpa kau.’

‘Ya lah. Kau apa khabar? Sihat?’

‘Sihat Alhamdulillah. Kau?

‘Sihat saja. So, apa perkembangan kau? Semalam aku balik ke kampong. Macam-macam yang aku dapat tau.’

‘Begitu lah Zul. Macam-macam dugaan perkahwinan aku. Kau dan Suhaila mcam mana?’

‘Aku biasa saja. Suhaila..’ Bicara Zulfi terhenti.

‘Kenapa Zul?’

‘Ianya terlalu rumit. Nanti aku cerita lagi.’

‘Nurin.’ Zulfi memanggil.

‘Ya?’

‘Aku sayangkan kau.’

‘Apa ni Zul. Jangan la bergurau.’

‘Aku serius. Kenapa dulu kau tak berterus terang dengan aku?’ soal Zulfi.

‘Terus-terang tentang apa?’

‘Sebelum ni aku ada berjumpa Izzati. Aku paksa dia cerita semuanya Nurin. Tentang perasaan kau pada aku.’

‘Itu semua dulu.’ Nurin menjawab tenang. Tetapi jantungnya berdegup kencang.

‘Aku kembali untuk balas cinta kau Nurin.’

‘Zul, aku sudah bersuami dan aku sayang suami aku. Kalau kau datang ke sini semata-mata nak cakap pasal ni baik kau baik sekarang.’ Nurin mula rimas.

‘Aku cintakan kau juga Nurin. Aku sedar semua itu selepas aku pindah ke Sabah.’

‘Cukup Zulfi! Fikir pasal Suhaila.’

‘Aku tak akan fikir pasal Su lagi. Aku dan dia tinggal sejarah.’

‘Jangan merka cerita Zul. Aku tak suka.’

‘Aku dah ceraikan dia.’

‘Why?’

‘Selepas 3 bulan kami berkahwin, Su mula berubah. Dia tidak dapat dikawal. Tiap-tiap malam di keluar ke disko dan minum arak.’ Tutur Zulfi lemah.

‘Mesti ada sebab Zul..’

‘Dia terlalu kecewa kerana tidak dapat melahirkan zuriat seumur hidup selepas menjalani pembedahan pangkal rahim.’

‘Kau tak cuba bawa dia berubat?’ soal Nurin.

‘Sudah Nurin. Tapi perangainya tidak berubah. Aku tak tahan dan aku ceraikan dia dengan talak tiga.’

‘Astaghfirullahalazim. Sabar Zul, ni semua ujian Allah.’

‘Dan aku datang ke sini untuk tagih cinta kau semula Nurin.’

‘Itu tidak mungkin berlaku. Aku tak akan balas cinta kau.’

‘Kenapa Nurin?’

‘Aku bagi tahu kau lagi sekali. aku sayangkan rumah tangga aku. Aku cintakan Haiqal suami aku.’ Nurin meninggikan suara.

‘Baiklah. Aku terima. Tetapi aku tak akan lupakan kau sampai bila-bila Nurin. Kau ingat tu!’

‘Zul, pintu di sana. Sila keluar.’ Dia tidak mahu timbul sebarang prasangka.

Selepas peristiwa di pejabat Nurin, Zulfi bertekad untuk membawa diri ke luar Negara. Dia terlalu kecewa. Dalam masa yang sama, dia sedar bahawa cinta tidak boleh dipaksa biar dengan apa cara sekali pun. Dia tidak akan mengganggu kebahagiaan Haiqal Hakimi dan Nurin Batrisyia.

‘Tahniah puan. Awak hamil 3 minggu.’

‘Syukur Alhamdulillah.’ Haiqal memeluk erat isterinya.

‘Abang, sayang akan jaga baby kita sebaik mungkin.’

‘Baik sayang. I love you so much.’

‘I love you too abang.’ Balas Nurin.

_____________________________TAMAT_________________________________

p/s: pertama kali mencuba. Harap diperbetulkan.

Saturday 17 December 2011

Blogger paling-paling super duper Noob!

Assalammualaikum :))

Who's the super duper noob?? Fatin Afiqah. Jyeahhh! dengan nada yg sangat akur lg tragis. Gua la yg paling noob abad ini. Dah beberapa hari gua buat belog, tp Ohhh sedih........................... Gua tak tahu menahu ape yg boleh buat belog korang korang dan korang jd oosemmm. Rasa diri ini seperti sebutir pasir di tepi batu gunung yg besar gedabak bile skodeng belog 
http://kupukupukecik.blogspot.com/ dan nisamenaip.blogspot.com . 


Terasa sgt malu lalu berfikir ''kenapakah aku gatai tgn sgt nk create blog klau tak gheti guna??''


Awat jd lagu ni ceq oiii.. habaq mai siket? Ni nk habaq la ni.. Gua tidak mahir mengedit guna HTML bagai tu. So, dgn penuh rasa kekesalan gua lukis sendiri sampai jd cenggini :-

tetibe rase dipermainkan oleh blog. tp gua sendiri yg buta IT !

Gua nanges tgk blog gua yg cantik menarik tertarik kau memang kebabom nih dr tgh hari td. 600 baldi gua tadah air mata yg bercucuran nih. #ok TIPU..... T___T


Pada ibu2, bapak2, adik2, kakak2, abang2, perdana menteri, anak tan sri dan cucu sultan yg pro dalam blogging nih harap bole tunjuk ajar because I'm very interested in blogging. Tp tak tau cmne nk buat. I'm begging you to teach me! I'm begging you! 


Ok ckup2. Kang takot plak org nak tolong. Asyik membegging je. setakat ni saje utk malam ni.


p/s : dr insan lg kudus mudus pd abad semesta ini .

Friday 16 December 2011

Macarons!


adik:   Emmmm...... mama... sedapnye kuih ni. Kuih ape ni ma? macam mane mama buat bg die kaler2 ni?     macam burger yg cokolat Yuppi tu pon ade. Adoiiiiii sedap nyee! Nak lagi, nak lagi! Eh ni bkn macarons ke ma? kan kan kan?

mama: haihhh ni donat la. Ape kemende nye mocororon tu? (mama sebut macarons tak betul)


Assalammualaikum :))

Macarons? Rase nye semua org dah tau pasal macarons kan.. cuma Piqa je yg terlambat sikit kot.
For those yg tak tau, actually macarons ni berasal dr bahasa Italia yg diambil dr perkataan ''maccherone'' yg bermaksud fine dough (adunan yg halus).  Pierre Herme dikenali sbg ''macarons art master'' kerana telah mencipta berbagai jenis macarons moden. Macarons ni ade mcm2 kaler dan perisa.
Nyummmyyy!                                                                             
                                                                                                             psstt: Piqa tak penah mkn pon -___-

Ni antara gambar macarons yg boeh wt korang meleleh air liur sepuloh baldi! :-

                 waaa.. kaler pink! yg ni perisa seterobery la kot noh. sbb kaler cm seterobery.


haa... hok ni pulok periso pandan,vanila,cikolat,anggur, em hok hijau tu periso bayam.

Ehem2. yang ni Piqa da tempah utk majlis kahwen pd tanggal 2015 tak tau bpe hari bulan.



Angel Cupid Kitchen adalah salah 1 outlet yg menawarkan perkhidmatan utk tempahan macarons dan juga cake. Untuk maklumat yg lebih padat dan tepat tanpa ragu2 boleh la mntk tolog kt Mr.Google search kt sini http://www.angelcupidkitchen.com/

And, pd sesiapa yg macarons addicted or yg baru nk cuba rasa macarons ni bole la melepak smbil goyang kaki telan macarons sepuloh ratus ketul di Ara Damansara, near Subang Airport and Shah Alam, Malaysia